SMS Raja Tun Azlan Shah, Taiping
+605-8083020
AEA6050@moe.edu.my

Category: 2022

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ASMA AZMIN RASHID BIN MOHD NAWAWI

Pada 3 Jun 2022, Majlis Persaraan Cikgu Asma Azmin Rashid bin Mohd Nawawi telah dijalankan pada pagi yang penuh barakah tersebut. Pengetua telah masuk diiringi oleh barisan Penolong Kanan sekolah. Cikgu Hazmya binti Abdul Wahab telah memberi ucapan bagi mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Asma. Selepas itu, Cikgu Ahmad Hisham bin Yeop Ismail telah membuat…
Read more

MAJLIS WATIKAH PELANTIKAN BADAN KEPIMPINAN 2022

Majlis Watikah Pelantikan Badan Kepimpinan Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah tahun 2022 telah dijalankan pada hari Jumaat minggu lepas. Majlis tersebut bermula pada jam 7.30 pagi dengan kehadiran tetamu jemputan, pengetua dan penolong-penolong kanan. Lagu Negaraku, Lagu Negeri Perak dan Lagu Sekolah telah dimainkan oleh kumpulan Wind Orchestra Sekolah Menengah Sains Raja Tun…
Read more

KEJOHANAN MERENTAS DESA TAHUN 2022

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada hari ini telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Tahun 2022 setelah dua tahun tidak menjalankan kejohanan ini akibat era pandemik virus COVID-19 sejak tahun 2020. Semua pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah merentas Taman Tasik pada hari ini dengan penuh semangat dan komitmen. Para pelajar…
Read more

JADUAL MINGGU SILATURAHIM SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH

Di sini disertakan Jadual Pergerakan Minggu Silaturahim Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah yang melibatkan para pelajar Tingkatan 1 dan ahli-ahli daripada badan kepimpinan Pembimbing Rakan Sebaya yang akan memimpin dan membantu melancarkan program ini. Jadual Pergerakan MInggu Silaturahim ini menerangkan segala aktiviti yang akan dilakukan oleh pelajar-pelajar Tingkatan 1 yang akan dimulakan dengan…
Read more

HARI PENDAFTARAN PELAJAR TINGKATAN 1 TAHUN 2022

Hari Pendaftaran Pelajar Tingkatan Satu Sesi 2022 akan dijalankan pada pagi ini bermula jam 8.30 pagi. Pendaftaran ini akan melibatkan beberapa badan kepimpinan sekolah seperti Lembaga Disiplin Pengawas, Majlis Perwakilan Pelajar dan Pembimbing Rakan Sebaya dan para pelajar daripada Tingkatan 4 untuk mengiring pelajar-pelajar Tingkatan 1 semasa hari pendaftaran. Di sini disertakan juga Pelan Lantai…
Read more

SAMBUTAN IHYA’ RAMADAN

Sambutan Ihya’ Ramadhan dijalankan sepanjang bulan Ramadan tahun 2022. Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan dibawah Panitia Pendidikan Islam seperti pertandingan khat, pertandingan mendeklamasi sajak dan syair, pertandingan hafazan dan sebagainya. Pada bulan yang penuh mulia ini, Program Tadarus dijalankan di dalam kamar-kamar di asrama putera dan asrama puteri pada setiap petang dan diketuai oleh naqib…
Read more