LATAR BELAKANG KOPERASI
Dinamakan sebagai Koperasi Sekolah Raja Tun Azlan Shah Taiping Berhad pada mulanya dan didaftarkan pada 18 April 1984. Kemudiannya pada 9 Oktober 2007 Koperasi Sekolah Raja Tun Azlan Shah Taiping Berhad telah menukar namanya kepada Koperasi Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Taiping Berhad melalui satu pindaan undang-undang kecil. Koperasi ini beralamat di alamat Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Peti Surat 79, 34000 Taiping Perak. Kawasan operasi koperasi ialah di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping.
MATLAMAT KOPERASI
Meningkatkan kepentingan ekonomi anggotanya mengikut prinsip koperasi.
AKTIVITI KOPERASI
Bagi menjayakan aktiviti menurut diatas, koperasi boleh mendapatkan modal dengan cara mengumpul syer, deposit, pinjaman atau simpanan khas daripada anggota.
Kegiatan dan Perkhidmatan Koperasi
beroperasi dari Isnin – Jumaat. Jam 9 pagi – 1 tgh hari
Menyediakan perkhidmatan menyimpan wang dan mengeluarkan wang bagi anggota koperasi.
Urusan simpanan wang: Isnin – Jumaat
Urusan pengeluaran wang: Rabu- Jumaat
Disediakan di kawasan Asrama Putera dan Puteri
Menyediakan perkhidmatan membasuh, mengering dan melipat pakaian bagi pelajar, guru dan kakitangan SM Sains Raja Tun Azlan Shah.
Beroperasi dari Isnin –Jumaat, 8.00 pg – 5.30 ptg
Sabtu: 8.00 pg – 1.00 tgh
KELAYAKAN MENJADI ANGGOTA
Keanggotaan koperasi terbuka kepada penuntut berdaftar, guru dan kakitangan yang bekerja secara tetap di SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping.
SYER MINIMUM ANGGOTA
Pelajar: RM 10.00
Guru dan Kakitangan: RM 20.00
Syer minimum tidak boleh dikeluarkan kecuali selepas keanggotaan tamat.
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Peti Surat 79,34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
AEA6050@moe.edu.my
+605-8083020
© 2024 SERATAS. Built using WordPress and the Mesmerize Theme