PENGETUA SM SAINS RAJA TUN AZLAN SHAH
Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh dan salam sejahtera.
Alhamdulillah, setinggi-tinggi kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia Nya, kita dapat bersama-sama melangkah ke tahun 2026 sebagai warga SM Sains Raja Tun Azlan Shah. Berteraskan prinsip Continuously Strive for Greatness, saya berharap tahun ini menjadi pemangkin kepada kejayaan dan kecemerlangan dalam memimpin pentadbiran sekolah serta pengurusan akademik, hal ehwal murid dan kokurikulum secara berfokus dan berkesan.
Kejayaan sekolah ini hendaklah difahami sebagai kejayaan milik bersama. Oleh itu, seluruh warga SERATAS bertanggungjawab melaksanakan amanah dengan penuh integriti serta mematuhi tatacara pengelolaan dan pengurusan sekolah selaras dengan pekeliling dan garis panduan Kementerian Pendidikan Malaysia yang berkuat kuasa. Amalan kerja berpasukan dan profesionalisme yang tinggi menjadi asas kepada kecemerlangan organisasi sekolah.
Dalam mendepani cabaran pendidikan yang semakin dinamik, SM Sains Raja Tun Azlan Shah perlu bergerak dengan hala tuju yang jelas berpaksikan visi dan misi sekolah. Perancangan strategik yang mantap serta pemantauan berterusan akan memastikan setiap inisiatif yang dilaksanakan memberi impak kepada kemenjadian murid secara holistik.
Akhir kata, marilah kita berganding bahu dan menyatukan tekad untuk terus Continuously Strivefor Greatness demi memastikan SM Sains Raja Tun Azlan Shah kekal unggul dan berdaya saing.
Sekian, terima kasih.
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Peti Surat 79,34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
AEA6050@moe.edu.my
+605-8083020
© 2026 SERATAS. Built using WordPress and the Mesmerize Theme