Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada hari ini telah mengadakan Kejohanan Merentas Desa Tahun 2022 setelah dua tahun tidak menjalankan kejohanan ini akibat era pandemik virus COVID-19 sejak tahun 2020. Semua pelajar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah telah merentas Taman Tasik pada hari ini dengan penuh semangat dan komitmen. Para pelajar telah turun ke hadapan padang Casa Damai (Flat Guru) bagi memulakan aktiviti regangan sejak jam 7.15 pagi. Selepas itu, Kejohanan Merentas Desa bermula pada jam 8.00 pagi dengan pelepasan kategori L1 (Pelajar Lelaki Tingkatan 4 dan 5) oleh Cikgu Hasmyza binti Abdul Wahab dan diikuti oleh kategori-kategori yang seterusnya.
Suasana Kejohanan Merentas Desa Tahun 2022
Laluan Kejohanan Merentas Desa pada tahun ini dibantu oleh Polis Diraja Malaysia dan beberapa pelajar sekolah yang sukarela menjaga keselamatan murid dan mengawal kesesakan jalan raya. Akhir sekali, pihak sekolah ingin mengucapkan terima kasih kepada semua pihak yang terlibat secara langsung dan tidak langsung bagi menjayakan Kejohanan Merentas Desa Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah Tahun 2022. Pihak sekolah mengharapkan agar Kejohanan Merentas Desa ini dapat diteruskan lagi pada tahun-tahun yang akan datang dengan sambutan yang lebih meriah oleh para pelajar.
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Peti Surat 79,34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
AEA6050@moe.edu.my
+605-8083020
© 2023 SERATAS. Built using WordPress and the Mesmerize Theme