SMS Raja Tun Azlan Shah, Taiping
+605-8083020
AEA6050@moe.edu.my

MAJLIS PERSARAAN CIKGU ASMA AZMIN RASHID BIN MOHD NAWAWI

Pada 3 Jun 2022, Majlis Persaraan Cikgu Asma Azmin Rashid bin Mohd Nawawi telah dijalankan pada pagi yang penuh barakah tersebut. Pengetua telah masuk diiringi oleh barisan Penolong Kanan sekolah. Cikgu Hazmya binti Abdul Wahab telah memberi ucapan bagi mengucapkan selamat bersara kepada Cikgu Asma. Selepas itu, Cikgu Ahmad Hisham bin Yeop Ismail telah membuat persembahan solo dengan bermain seruling diiringi lagu Salam Terakhir oleh Sudirman. Akhir sekali, Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah yang ke-13, Cikgu Asma Azmin Rashid Bin Mohd Nawawi telah memberi ucapan dengan mengucapkan terima kasih kepada semua guru dan murid atas khidmat dan sumbangan mereka kepada sekolah sejak beliau mula berkhidmat sebagai Pengetua Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Majlis diakhiri dengan iringan keluar dewan besar oleh barisan Penolong Kanan Sekolah, Ahli Jawatan Tertinggi setiap badan kepimpinan pelajar dan ketua-ketua tingkatan dari tingkatan satu hingga tingkatan lima.

Pihak sekolah mengucapkan terima kasih atas segala khidmat bakti Cikgu Asma Azmin Rashid bin Mohd Nawawi dan berdoa agar beliau sihat sejahtera dan dimurahkan rezeki beliau selepas persaraan beliau. TERIMA KASIH CIKGU ASMA DAN SEMOGA KITA BERTEMU LAGI!