SMS Raja Tun Azlan Shah, Taiping
+605-8083020
AEA6050@moe.edu.my

Pengenalan

SEJARAH SEKOLAH

Dari SEMESTA kepada SERATAS

LIHAT LAGI

LOGO, BENDERA DAN LAGU SEKOLAH

Ketahui maksud tersirat elemen-elemen SERATAS

LIHAT LAGI

FALSAFAH PENDIDIKAN KEBANGSAAN

Pendidikan di Malaysia adalah suatu usaha berterusan ke arah memperkembangkan
lagi potensi individu secara menyeluruh dan bersepadu untuk mewujudkan insan yang
seimbang dan harmonis dari segi intelek, rohani, emosi dan jasmani berdasarkan
kepercayaan dan kepatuhan kepada Tuhan. Usaha ini adalah bagi melahirkan rakyat
Malaysia yang berilmu pengetahuan, berketerampilan, berakhlak mulia,
bertanggungjawab dan berkeupayaan mencapai kesejahteraan diri, serta memberi
sumbangan terhadap keharmonian dan kemakmuran keluarga, masyarakat dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH BERASRAMA PENUH

Pendidikan di SBP adalah satu usaha berterusan bagi menyediakan suasana
persekolahan yang terancang dan sempurna untuk memupuk dan
memperkembangkan kebolehan murid-murid yang berpotensi kearah kecemerlangan
sebagai insan dan warganegara yang seimbang dan bertanggungjawab terhadap
tuntutan agama, bangsa dan Negara.

MISI SEKOLAH BERASRAMA PENUH

SBP wadah terbaik dalam sistem pendidikan negara yang berkemampuan membina insan
yang mempunyai kecemerlangan ilmu, kemampanan sahsiah, kesejagatan kepimpinan dan
kejituan patriotisme bagi melahirkan ahli sains, teknokarat dan profesional yang dapat
memenuhi aspirasi dan tuntutan agama, bangsa dan negara.

FALSAFAH SEKOLAH

Semua manusia boleh dididik. Bahawa manusia itu adalah makhluk yang paling
sempurna dan mempunyai kemampuan untuk dijadikan bijak, gagah dan berakhlak
mulia. Manusia yang bijak, gagah dan berakhlak mulia merupakan manusia yang amat
berguna kepada agama, bangsa dan negara.

MATLAMAT SEKOLAH

Menyedari hakikat bahawa pelajar bijak, gagah dan berakhlak mulia hanya akan
tercapai apabila:

Pencapaian akademik cemerlang

Kejayaan cemerlang dalam aktiviti kokurikulum, sukan dan permainan

Pelajar yang berdisiplin dan bertakwa

Memupuk ciri-ciri kepimpinan dan kejituan patriotisme

“DAN BAHAWASANYA tujuan pendidikan adalah untuk membolehkan
masyarakat Malaysia menguasai ilmu, kemahiran dan nilai murni yang
diperlukan dalam dunia yang berdaya saing tinggi serta bersifat global,
kesan daripada perkembangan pesat sains, teknologi dan maklumat”.

~Mukadimah Akta Pendidikan 1996~