Sambutan Ihya’ Ramadhan dijalankan sepanjang bulan Ramadan tahun 2022. Pelbagai aktiviti yang menarik dijalankan dibawah Panitia Pendidikan Islam seperti pertandingan khat, pertandingan mendeklamasi sajak dan syair, pertandingan hafazan dan sebagainya. Pada bulan yang penuh mulia ini, Program Tadarus dijalankan di dalam kamar-kamar di asrama putera dan asrama puteri pada setiap petang dan diketuai oleh naqib dan naqibah yang telah dipilih oleh Badan Dakwah dan Kerohanian Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.
Program Solat Sunat Tarawih juga dijalankan di Masjid Asy-Syakirin Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah pada setiap malam selepas selesai sahaja solat fardu Isyak dan dipimpin oleh imam dan bilal yang telah dipilih dan dilantik oleh Badan Dakwah dan Kerohanian Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah. Pada bulan Ramadan ini juga, pihak sekolah telah menjalankan Majlis Berbuka Puasa Makan Beradab yang dijalankan pada dua hari berturut-turut dengan hari pertama yang dimulakan dengan pelajar puteri dan hari seterusnya diakhiri dengan pelajar putera. Semasa Majlis Penutupan Sambutan Ihya’ Ramadhan, lapan orang imam yang dilantik melakukan sesi khatam Al-Quran di Dewan Besar Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah.
Pihak sekolah mengharapkan agar Sambutan Ihya’ Ramadan dapat dijalankan dengan lebih meriah lagi dan mendapat sambutan yang bagus daripada semua pelajar bagi tahun-tahun yang akan datang.
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Peti Surat 79,34000 Taiping, Perak Darul Ridzuan, Malaysia
AEA6050@moe.edu.my
+605-8083020
© 2023 SERATAS. Built using WordPress and the Mesmerize Theme