Sejarah Sekolah

SEJARAH SEKOLAH
Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah adalah sebuah daripada 54 buah sekolah berasrama penuh yang terdapat di Malaysia. Terletak di lokasi yang begitu strategik, 3 km dari Bandar Taiping serta keunikannya yang telah menarik minat masyarakat. Seiring dengan kepesatan pembangunan serta kemudahan infrastruktur yang terdapat di taiping seperti kompleks membeli belah yang baik, kawasan peranginan, taman rekreasi dan tempat penginapan yang lengkap dan menarik telah menjadikan SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) sebagai tarikan kepada masyarakat sekeliling. Sekolah ini ditubuhkan pada 1 Januari 1982 dalam Rancangan Malaysia Ketiga. Didirikan di atas tapak seluas 51.9 ekar. Nama asalnya, Sekolah Menengah Sains Perak (SEMESTA). Pembukaannya dirasmikan oleh Al-marhum DYMM Seri Paduka Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahhi Shah bin Almarhum Sultan Iskandar Shah Kaddallah pada 3 Oktober 1983. Pada 21 Februari 1987, namanya telah dimasyurkan kepada Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah oleh DYMM Paduka Seri Sultan Azlan Shah ibni Almarhum Sultan Yussuf Izzuddin Shah Ghafarullahu-lah, Sultan Perak ketika ini. Pejabat urusetia yang berfungsi menyelia pembinaan sekolah ditubuhkan pada 15 Mac 1982 ditempatkan sementara di Pejabat Pelajaran Taiping. Ia dipindah ke tempatnya sekarang pada Jumaat 21 Mei 1982. Pembinaan sekolah telah siap pada 14 Julai 1982. Beberapa kemudahan lain telah ditambah berperingkat-peringkat seperti masjid (8 Jun 1989), Dewan Kuliah, Astaka (1 April 1989), Balai Pameran (18 Ogos 1990), Padang Hoki, Balai Bertanggak, Bangunan Kejuruteraan, Laluan Beratap dari asrama ke sekolah dan asrama. Kumpulan pertama guru, seramai 20 orang telah melapor diri pada 16 Ogos 1982. Mereka telah banyak membantu menyediakan pelbagai kemudahan untuk murid-murid. Pada hari ini terdapat 64 orang guru yang mempunyai berbagai latar belakang kelulusan dan kepakaran mendidik murid dari tingkatan 1 hingga tingkatan 5.

PENGETUA-PENGETUA SMS RAJA TUN AZLAN SHAH

 

Mula

Tamat

Nama Pengetua

1

16.05.1982

31.03.1986

Tn Hj. Yahya bin Abas

2

01.04.1986

15.11.1991

Dato’ Hj. Khairuddin bin Hj. Arshad

3

16.11.1991

15.04.1992

Tn  Hj. Zainuddin bin Hj. Abd. Kadir

4

16.04.1992

30.11.1994

Dato` Dewa @Dawa bin Abdullah

5

01.12.1994

15.07.1998

Tn Hj. Abdul Halim bin Abdul Aziz

6

16.12.1998

15.07.2001

Tn Hj. Ahmat Arbi bin Hamzah

7

17.07.2001

15.10.2004

Tn Hj. Muhamat Roli bin Hj. Hassan

8

16.10.2004

28.02.2005

En Mohd Arif  bin Ramli

9

01.03.2005

30.09.2006

Tn Hj. Jamaluddin bin Yusoff

10

01.10.2006

21.09.2011

Pn Rahimah binti Mohd Sura

11

01.11.2011

10.05.2015

Pn Hajah Noriza binti Dato’ Sulaiman

12

01.09.2015

KINI

Dr. Mior Hamdan bin Haji Ghazali