Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping [Raja Tun Azlan Shah Science Secondary School]

Sekolah Berprestasi Tinggi [High Performance School]

Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping [Raja Tun Azlan Shah Science Secondary School] - Sekolah Berprestasi Tinggi [High Performance School]

Kokurikulum

Unit Kokurikulum

Jawatankuasa Pengurusan Kokurikulum

Standard Operational Procedure (S.O.P)

  • Memastikan semua pelajar mendaftar dalam ketiga-tiga unit kokurikulum iaitu persatuan, unit beruniform dan kelab permainan pada awal tahun
  • Memastikan pelajar terutamanya pelajar baru diberi pendedahan dan maklumat mengenai kelab/persatuan yang ingin disertai sebelum pendaftaran dijalankan.
  • Dapat mengenalpasti pelajar yang berpotensi dan berbakat dalam bidang kokurikulum terutamanya semasa pendaftaran  bersama guru tingkatan.
  • Menyiapkan analisa pendaftaran mengikut kaum bagi setiap unit kokurikulum selewat-lewatnya akhir bulan Januari
  • Memastikan Mesyuarat Agung Kokurikulum diadakan selewat-lewatnya minggu ketiga semester pertama.
  • Mengadakan Mesyuarat Induk Kokurikulum 4 kali iaitu pada Januari, Mei, Ogos dan Oktober.
  • Memantau penggunaan buku rekod kokurikulum dan fail pengurusan pada awal bulan Februari, April & November.
  • Mencapai peratus lulus keseluruhan sebanyak 90% dengan purata gred C dalam penilaian aktiviti kokurikulum tahunan pelajar.

 Laporan Aktiviti Kokurikulum 2012

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD/LMS 2012 LELAKI

Pada 10 April 2012 dan 14 April 2012, Kejohanan Bola Baling Peringkat Daerah Larut, Matang dan Selama telah dilangsungkan di SMK Taman Panglima. Seramai 14 orang pelajar dan seorang guru pengiring telah menyertai kejohanan ini iaitu  Pn Hasmat Binti Mustapha.

Pasukan SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) berjaya ke peringkat separuh akhir. Pasukan SERATAS telah mengalahkan pasukan SM Taman Panglima di pusingan pertama (3-0) dan SM Teknik Taiping di pusingan kedua (7-2) untuk mara ke pusingan separuh akhir. Pada perlawanan peringkat separuh akhir, pasukan SERATAS telah tewas kepada pasukan SM Sungai Bayor.

Dua orang pelajar SERATAS telah terpilih untuk mewakili daerah Larut, Matang dan Selama dan seterusnya mewakili negeri Perak ke Kejohanan Bola Baling MSSM 2012. Pelajar tersebut ialah Mohammad Izzat Alif B Azizi dan Muhamad Marzuki Norman Putera B Azman.

KEJOHANAN BOLA BALING MSSD LMS 2012 (PEREMPUAN)

 Kejohanan Bola Baling MSSD Larut, Matang dan Selama 2012 telah diadakan pada 9 April 2012 dan 12 April 2012. SMK Taman Panglima merupakan tuan rumah bagi kejohanan kali ini.

Pasukan Bola Baling Perempuan Sek Men Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) gagal mendapat sebarang tempat kerana tewas pada saingan suku akhir. Pasukan SERATAS telah mengatasi SMK (P) Treacher Methodist, SMK Matang dan SM Teknik Taiping sebelum tewas kepada SM Sungai Bayor.

Pasukan Bola Baling SERATAS terdiri daripada 14 orang pelajar dan diiringi oleh En Ismail B Mohd Zan selaku jurulatih pasukan serta Pn Hasmat Bt Mustapha sebagai pengurus pasukan. Seorang pemain daripada Pasukan Bola Baling SERATAS terpilih untuk mewakili Pasukan Bola Baling Daerah LMS iaitu Nurul Ain Natasha Ahmad Fadzillah.

Senarai Pelajar Terlibat :

NURUL NAJIHA HASSAN BASRI
NURUL AIN NATASHA AHMAD FADZILLAH
NUR AQILAH ABDUL MALEK
ILI NAJLAA SAMSUL ALI
NUR AIMI AZIRA AZIZUL
NUR AIN DIYANA MOHD SUHAIMI
NUR FARIZAN SAIM
SITI NUR AQILAH ZAHARI
NUR FAZIRA BT TAURAN
FATIN SHAZWANI MISRAN
KARIMAH KHALID
NUR’AMIRAH MOHAMAD RASHID
NUR AQILA JAMALODIN
FATIMAH SYAHIRAH AZLI

KEJOHANAN RAGBI 10′s BAWAH 16 TAHUN SBP KE-13

Bermula 12 Julai sehingga 15 Julai 2012 bertempat di SMS Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan, pasukan ragbi Sek Men Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) telah menyertai Kejohanan Ragbi 10′s Bawah 16 Tahun SBP Ke-13. Kejohanan ini adalah aktiviti tahunan anjuran Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kecemerlangan (BPSBPSK). Kejohanan ini disertai oleh semua Sekolah Berasrama Penuh seluruh Malaysia termasuk Sabah dan Sarawak yang mempunyai pelajar lelaki. Kejohanan ini juga diadakan serentak dengan Kejohanan Bola Jaring SBP Kebangsaan yang berlangsung di SMS Pasir Puteh, Kelantan.

Pasukan Ragbi SERATAS dianggotai oleh 15 orang pelajar. Pasukan ini diurus oleh Cik Wan Salwani Bt Wan Jusoh. Jurulatih pasukan sekolah pula ialah En Moh Azarin B Rezali. Pasukan ragbi SERATAS tewas dalam perlawanan peringkat Bowl menyebabkan pasukan ragbi SERATAS tidak mendapat sebarang tempat pada kejohanan kali ini.

Senarai Pelajar Terlibat :

HARIZ DANIAL BIN HAIRUDDIN
NOORASHRAF BIN NORAZAHARI
MOHAMMAD KHAIRUDDIN B MOHD SALLEH
AHMAD SHAZRUL BIN SHARIF
MOHAMMAD SHAHRUL NAIM B SAIDIN
MOHAMAD SOLEHIN B AHMAD HADI
MUHAMMAD IQMAL B ISMAIL
AHMAD AMIRUL HAIKAL B AZALI
KHASNOR AMIRUL AMIN B KHAIRUL ANWAR
MUHAMMAD DARWISY B ROSKHAHAR
ENGKU ARIFF ISKANDAR B ENGKU ABDUL AZIZ
AHMAD IDHAM B MOHAMAD BUSTAMAN
MUHAMAD AMIRUL AQIL B BIDIN
MUHAMMAD IRFAN B MOHD DZAHIER
MUHAMMAD WA’IE HAKIM B ISHAN

 

 KEJOHANAN BALAPAN DAN PADANG KE 10 SMK KLIAN PAUH

Pada 18 Julai 2012, Pasukan olahraga SM Sains Raja Tun Azlan Shah (SERATAS) telah dijemput untuk memeriahkan Kejohanan Balapan dan Padang Ke-10 SMK Klian Pauh. SERATAS dijemput untuk menyertai acara 4x100M (lelaki dan perempuan) yang berlangsung di Padang SK Klian Pauh. Pasukan SERATAS diiringi oleh En Muhammad Nasrul Bin Saad dan Puan Hamidah bt Haji Md Amin.
Pasukan SERATAS bertolak dari sekolah pada jam 0810 dengan menaiki van sekolah dan tiba di Padang SK Klian Pauh pada jam 0820. Kami berpeluang untuk melihat upacara perbarisan masuk kontigen SMK Klian Pauh. Kami dapati upacara ini amat berbeza dengan SERATAS. Acara jemputan bermula sebaik sahaja tamat upacara perasmian.
Pasukan 4x100M perempuan memulakan cabaran dan berjaya mendapat tempat ketiga. Terdapat 4 pasukan yang mengambil bahagian dan dimenangi oleh SMJK Hua Lian. Seterusnya pasukan 4x100M lelaki masuk ke padang. Kali ini sebanyak 6 pasukan mengambil bahagian. Masih SMK Hua Lian menjadi johan tetapi pasukan SERATAS mendapat tempat kedua setelah memberikan saingan hebat kepada pasukan SMJK Hua Lian.
Selesai acara penyampaian hadiah dilakukan selepas acara 4x100M lelaki jemputan berakhir, kami diberikan makanan dan minuman oleh tuan rumah. Pasukan SERATAS telah mengambil keputusan untuk makan di kaki Bukit Larut sebagai penghargaan kepada pelajar-pelajar yang berjaya mengharumkan nama sekolah.
Kami tiba di SERATAS pada jam 1100 dan pelajar-pelajar dengan penuh semangat meneruskan pembelajaran dan pengajaran seperti biasa,

Nama Pelajar :
PASUKAN 4×100 m (LELAKI)
1. IZAD BIN SHAARI 4 MUSYTARI
2. MOHAMAD NAZHIIM BIN SHAHRUDDIN 4 SURIA
3. MOHAMAD KHAIRUDDIN B MOHD SALLEH 4 SURIA
4. AHMAD SHAZRUL BIN SHARIFF 4 SURIA

PASUKAN 4×100 m (PEREMPUAN)
1. NORADZIM BT ABDUL LATIF 4 MUSYTARI
2. NURUL HAFIZA BT MAZLAN 4 MUSYTARI
3. WEDISMAY NIZHIEN A/P TONI 4 SURIA
4. NUR ALIA BT HUSIN 2 ZUHRAH