Pengenalan

          Sekolah Menengah Sains Raja Tun Azlan Shah atau SERATAS merupakan sekolah berasrama penuh (SBP) yang terletak 3km dari Bandar Taiping dan terletak di kaki Bukit Larut, Perak. Sekolah ini merangkumi kawasan seluas 51.9 ekar dan diasaskan pada 1 Januari 1982 di bawah Rancangan Malaysia Ketiga. 
           Sekolah ini dahulunya dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Perak, dan dirasmikan oleh Almarhum DYMM Paduka Seri Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah Ibni Al-Marhum Sultan Iskandar Shah Kaddasallah pada 3 Oktober 1983.
           Selain itu, sekolah ini turut pernah dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Taiping (SEMESTA), SMS Perak, dan Sekolah Raja Tun Azlan Shah.
 
Logo Sekolah
3 Oktober 1983
21 Februari 1987
           Selain itu, sekolah ini juga pernah dikenali sebagai Sekolah Menengah Sains Taiping (SEMESTA), SMS Perak, dan Sekolah Raja Tun Azlan Shah.
           Nama sekolah secara rasminya ditukarkan kepada Sekolah Raja Tun Azlan Shah atau SERATAS pada 21 Februari 1987 oleh Duli Yang Maha Mulia Tuanku Paduka Seri Sultan Azlan Shah Ibni Al-Marhum Sultan Yusof Izzuddin Ghafrullahu-Lahu Shah.

Visi & Misi

VISI

Memperkasa SM Sains Raja Tun Azlan Shah,Taiping sebagai pusat kecemerlangan pendidikan holistik bertaraf dunia .

MISI

Menjana modal insan yang berilmu pengetahuan,berkeperibadian unggul dan memiliki kemahiran berfikir tahap tinggi membudayakan sekolah sebagai institusi pembelajaran

Lagu Sekolah

SEKOLAHKU YANG TERCINTA

Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolahku yang tercinta 
Mencapai cita mulia
Berbakti kepada negara

Berdisiplin Berilmu Berbakti
Bersopan santun budi mulia
Belajar & Berusaha
itulah pegangan kami

Kepadamu oh tuhanku 
Penuhi hasrat satu
Megah maju sekolah ini 
Gagah berdiri kekal abadi 

Sekolah Raja Tun Azlan Shah
Sekolahku yang tercinta
Mencapai cita mulia 
Berbakti pada negara 

Sejarah Awal

          Urus setia awal yang yang menguruskan pembinaan sekolah ini terletak di Pejabat Pendidikan Daerah Taiping. Apabila pembinaan telah siap dilakukan pada 14 Julai 1982, urus setia telah dipindahkan ke bangunan baru. Bangunan lain termasuklah Dewan Kuliah, Balai Islam, Balai Pameran, Astaka dan Bangunan Kejuruteraan telah dibina kemudian.
          Urus setia awal yang yang menguruskan pembinaan sekolah ini terletak di Pejabat Pendidikan Daerah Taiping. Apabila pembinaan telah siap dilakukan pada 14 Julai 1982, urus setia telah dipindahkan ke bangunan baru. Bangunan lain termasuklah Dewan Kuliah, Balai Islam, Balai Pameran, Astaka dan Bangunan Kejuruteraan telah dibina kemudian.
          Kumpulan staf pertama melaporkan diri untuk bekerja pada 16 April 1982. Kumpulan pelajar pertama didaftarkan pada 14 Ogos 1982. Terdapat 6 buah kelas pada mulanya bagi Tingkatan 1, 6 kelas bagi Tingkatan Empat dan 4 kelas bagi Tingkatan Enam Bawah. Kelas matrikulasi bagi Universiti Sains Malaysia bermula pada 11 Jun 1984 dengan jumlah keseluruhan pelajar seramai 144 orang.
          Kini, sekolah ini hanya menyediakan tempat bagi Tingkatan 1 hingga 5 dan kemasukan pelajar hanya melibatkan pelajar Tingkatan 1. Pengambilan pelajar Tingkatan 4 ke SERATAS kali terakhir dilakukan pada tahun 2015.

Fasiliti Sekolah

Dewan Besar
Dewan Kuliah
Dewan Makan
Bangunan Kejuruteraan
Gimnasium
Bangunan Pentadbiran
Bangunan Akademik
Makmal Bestari
Bengkel Kemahiran Hidup
Bilik Muzik
Asrama Putera Dan Asrama Puteri
Kediaman Pengetua
Kediaman Pen. Kanan HEM
Kuarters Guru
Kuarters Pekerja
Gelanggang Hoki
Padang Sekolah
Gelanggang Bola Keranjang
Gelanggang Bola Tampar
Gelanggang Tenis
Sudut Akhbar
Galeri
Astaka
Facebook
Pilih Bahasa Anda
pengunjung